Mencipta Dan Membina Jadual Sekolah
12 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2019, Pusat Internet Gong Kulim telah mengadakan kelas Microsoft Word iaitu mencipta dan membina jadual kelas. Kelas ini diadakan didalam bilik latihan PI Gong Kulim dan telah dihadiri oleh 13 orang pelajar. Di dalam kelas ini, setiap pelajar dikehendaki membawa jadual kelas masing-masing untuk dijadikan bahan rujukan.
Di dalam kelas ini, para pelajar diajar bagaimana untuk mencipta setiap petak yang terdapat di dalam jadual mereka. Pelajar juga diajar bagaimana cara untuk menghias jadual mereka supaya kelihatan menarik seperti memasukkan warna mengikut subjek matapelajaran. Selepas selesai menghias jadual masing-masing, staf PI akan mencetak jadual masing-masing untuk di tampal di bilik masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: